Mengenai Kami

PJ Livestock Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik anak tempatan yang telah diberikan lesen mengimport oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) semenjak tahun 2007 untuk mengimport ternakan-ternakan hidup seperti Bebiri, Kambing dan Lembu secara terus dari negara-negara seperti Australia, Indonesia dan Thailand.

Selain bertindak sebagai pengimport dan pemborong ternakan hidup kepada penternak-penternak kecil di Semenanjung Malaysia, PJ Livestock juga menjalankan aktiviti-aktiviti jualan runcit di pusat-pusat jualan yang dibangunkan disekitar Lembah Kelang, Melaka dan Johor.